SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII
(1) bermula pada Julai 1883 sebagai sebuah sekolah diberi nama Central School.
Pada waktu itu,sekolah ini menempatkan hanya 13 orang murid sahaja. Sekolah ini
terletak di tapak asrama jururawat berhampiran dengan stesen kereta api Taiping
yang merupakan stesen kereta api yang pertama di Tanah Melayu.
Pada 1904,
sebuah bangunan baru telah dibina di Jalan Stesen. Bangunan dua tingkat
tersebut masih lagi digunakan sehingga kini. Setelah siap dibina, Central
School Taiping telah menamatkan operasinya. Kesemua muridnya telah ditempatkan
ke bangunan baru yang telah dibuka secara rasmi setahun selepas itu.Pada waktu
itu sekolah ini dinamakan KING EDWARD VII(1) SCHOOL.
Pada bulan Mac 1958,sekolah telah
dipecahkan menjadi tiga buah sekolah iaitu :-
·
SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VlI
Setiap sekolah mempunyai pengurusan masing-masing. Beberapa tahun
kemudian, SMK KING EDWARD VII telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Trump
berhampiran Jalan Muzium Hulu.
Blok C yang ada sekarang merupakan bagunan
Maktab Peguruan Harian yang dibina pada tahun 1957 dan akhirnya diserahkan
kepada sekolah ini pada tahun 1968.Manakala bagunan Blok D 3 tingkat dan kantin
telah dibina pada tahun 1987.Pada tahun 2000,sebuah bangunan baru yang menempatkan makmal komputer
telah siap dibina.
Comments
Post a Comment